Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Tuesday

Saida Nafi Mengandung Anak Ke-6

Posted by Fixx Allen


KUALA LUMPUR, 19 APRIL 2010: Ketika peminat sedang menunggu saat manis penyanyi nombor satu negara, Dato SIti Nurhaliza bakal menimang cahaya mata, timbul pula cerita mengatakan kakak Siti iaitu Siti Nursaida atau Saida sudah pun mengandung anak yang ke-6.

Bagaimanapun, Saida ketika dihubungi agak terkejut apabila mendengar cerita itu dan memberitahu bahawa ianyalah hanyalah sekadar gosip semata-mata.

"Macam mana boleh timbul cerita ni. Setakat ni, masih belum ada lagi. Sejujur, Saida menunggu anak saudara dari Siti sendiri. Buat sementara ini, kilang Saida ditutup untuk beri peluang pada Siti merasai nikmat sebagai seorang ibu. Insya-Allah, kalau ada rezeki Saida menimang cahaya mata lagi, Saida dan suami terima dan takkan sorok dengan peminat," ujarnya.

Dalam pada itu, Saida dan Saerah kini telah pun bangkit dengan album duet bertajuk Apresiasi yang memuatkan 6 lagu yang mana terdapat sebuah lagu nyanyian adik-beradik bertajuk Kini Dikau Jauh. Untuk lagu ini, Saida, Saerah dan Siti akan berpadu suara bersama Ayie (abang mereka) serta adik lelaki mereka, Ali yang tidak pernah berkecimpung dalam bidang nyanyian.

"Saida bersyukur dan berbesar hati kerana SNP dan komposer memberi peluang kepada kami untuk tampil dalam album ini. Saida akui, bukan senang nak hasilkan sebuah album. Dalam album ini, ada 2 lagu solo Saida iaitu Dicuri Malam dan Sedalamnya Cinta dan 2 lagu solo Saerah serta 1 lagu duet kami dan lagu nyanyian beramai-ramai adik beradik.

"Pada asalnya, lagu Kini Dikau Jauh dinyanyikan kami bertiga saja iaitu Saida, Saerah dan Siti saja. Tetapi, ketika rakaman dibuat, ibu ada bersama dan mencadangkan agar lagu ini disertai Ali dan Ayie. Pada awalnya, agak sukar sebenarnya bagi komposernya iaitu Adit Alfian nak susun bahagian mana untuk dinyanyikan kami tetapi Alhamdulillah semuanya sudah pun selesai dan ia telah perdengarkan," katanya.

Disamping itu, jika diamati cara nyanyian Saida dalam album ini, penyanyi yang bakatnya dicungkil dari program Akademi Fantasia 6 (AF6) nampak seakan-akan seperti terikut gaya dan cara nyanyian Siti. Pun begitu, sebagai kakak yang mempunyaii banyak persamaan dengan adiknya itu, Saida mengakui tidak dapat lari dari dibayangi suara adiknya itu.

"Saida dan komposer sudah cuba sehabis mungkin agar suara Saida tak sama atau menyerupai Siti. Syukurlah, Aidit berjaya membuatkan. Namun, Saida tak boleh dapat nafikan memang tone suara Siti dan Saida ada sedikit sama.

"Tetapi suara Siti lebih matang dan besar manakala suara Saida lebih lembut. Saerah pula bersuara serak sikit. Tentang penampilan pula, Saida bukan nak tiru Siti atau apa. Saida selesa dengan penampilan ringkas dan ceria. Walaupun orang cakap Saida punya stail lebih kurang Siti masa belum kahwin, Saida rasa Saida jadi diri Saida. Mungkin Saida lebih nampak muda sebab saiz badan Saida lebih kecil berbanding Siti," katanya.

Mengulas lanjut tentang album tersebut, Saida menjelaskan bahawa buat masa terdekat ini, mereka bakal merakamkan video muzik untuk lagu beramai-ramai. Namun, ia terpulang pada masa Siti yang kini sibuk dengan showcase dan produk kecantikan terbaru, Simply Siti.

(Sumber Murai.com)

0 comments:

Post a Comment