Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Tuesday

Rakan Artis Terasa Kehilangan Achik Spin

Posted by Fixx Allen


KUALA LUMPUR, 19 APRIL 2010: Walaupun sedang sibuk mengejar waktu bagi menjayakan sebuah show di Muar, Johor, namun penyanyi Hattan masih sempat meluangkan waktu untuk singgah sebentar di Surau Taman Bukti di Ampangan Seremban, pada tengahari semalam.

Hattan berbuat demikian semata-mata untuk memberikan penghormatan yang terakhir buat Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari atau lebih mesra disapa Achik, 28, sebelum jenazahnya disemadikan di tanah perkuburan orang Islam di Makam Haji Said, Sikamat Seremban, kira-kira jam 2 petang.

Sepanjang hayatnya masih ada, Achik telah bertindak sebagai vokalis utama kumpulan Spin. Malah, dia juga dikenali sebagai pasangan duet Siti Nordiana yang paling serasi.

"Baru hari tu, kami buat show sama-sama. Tak sangka pulak yang Achik sudah tiada dan pergi meninggal kita semua. Kebetulan dia adalah anak Negeri Sembilan macam saya juga. Jadi, kalau ada show, memang saya selalu panggil dia," kata Hattan yang masih lagi tidak percaya dengan berita kematian Achik itu.

Siti Nordiana atau Nana pula mengakui terperanjat apabila mendengar berita kematian Achik.

"Saya dapat tahu pun daripada orang lain. Saya cuba hubungi kakak dia. Saya cuba tanya betulkah Achik sudah meninggal dunia. Tapi, kakak dia tak mengiyakan mahu pun menidakkan. Sebaliknya, kakak dia hanya menangis.

"Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya ketika itu. Tapi, saya sangat sedih sebab saya adalah orang terakhir yang berjumpa dengannya sebelum dia pulang ke Seremban bersama kawannya selepas menjayakan program Gah 1 di RTM pada petang Sabtu lalu.

"Kami sempat berborak dan saya sempat hantar dia ke keretanya. Tapi, saya tak sangka dalam perjalan pulang, dia telah menempuh kecelakaan,"katanya yang masih sebak.

Shikin Dangdut pula berkata, dia sedih apabila menerima berita kematian Achik dan terus bergegas datang ke Seremban untuk melihata jenazahnya.

"Sebagai anak seni kelahiran Negeri Sembilan, saya turut merasai kehilangannya sebab kami selalu buat show sama-sama termasuklah dengan Hattan dan Siti Nordiana sekali. Kami bergurau pun dah macam adik-beradik.

"Malah, arwah Achik sudah bersetuju untuk menyertai Rangkaian Anak-Anak Negeri Sembilan (RAKAN9) yang mana Hattan sendiri bertindak sebagai Naib Presiden 1, manakala saya dan Siti Nordiana dilantgik sebagai Ahli Majlis Pimpinan.

"Tujuan kami menubuhkan Rakan 9 ini adalah untuk mengumpulkan anak-anak Negeri Sembilan yang berada di rantauan seramai yang boleh serta mengadakan pelbagai aktiviti bersama," katanya.

Shikin juga berkata, dia sedih apabila melihat anak perempuan sulung Achik masih lagu memanggil-manggil Achik dengan panggilan ayah selama berkali-kali.

"Dia masih kecil untuk memahami bahawa ayahnya sudah tiada. Tapi, isteri Achik, Tasha memang seorang yang tabah. Kalaulah saya, mungkin saya tidak akan jadi setabah dia," katanya.

Sementara itu, Hafiz Hamidun pula berkata, dia terkejut sebaik saja mendapat tahu bahawa Achik Spin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

"Sebenarnya saya dan Achik sedang lama proses untuk menyambung penggambaran untuk salah satu episod dalam sebuah program hiburan di RTM di Filem Negara pada 26 Februari ini.

"Separuh daripada penggambaran yang membabitkan kegiatan seni serta aktiviti lapang kami berdua sudah pun dilakukan lebih awal sebelum ini. Kini, hanya tinggal separuh saja lagi untuk disiapkan.

"Achik bagi saya seorang yang cukup merendah diri. Misalnya, dia pernah cakap dia tak pandai main golf. Tapi, bila kami main golf untuk program tersebut, dia sebenarnya pandai bermain.

"Dia juga pernah beberapa kali minta lagu dari saya. Tapi saya cakap tunggulah. Segan juga nak bagi sebab siapalah kita ini," katanya.

Allahyarham Achik dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) kira-kira jam 6.15 petang pada Sabtu lalu, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaikinya bersama seorang rakan iaitu Solihin Shah Mohd Saleh, 29, telah terbabas serta melanggar papan tanda.

Tragedi ngeri itu berlaku selepas kereta yang dipandunya itu melepasi kawasan Rawat dan Rehat (RnR) dekat susur keluar ke Pajam. Ketika itu, arwah dalam perjalanan balik ke rumah selepas menjayakan program hiburan Gah 1 bersama rakan duetnya yang paling serasi, Siti Nordiana di RTM, Kuala Lumpur.

(Sumber Murai.com)

0 comments:

Post a Comment