Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Tuesday

Norman Hakim Belum Sedia Kahwini Memey

Posted by Fixx Allen


KL. 19 APRIl 2010: Sejak kantoi ditangkap khalwat, ada-ada saja cerita yang Murai Batu tentang pelakon berbadan tegap, Norman Hakim dengan pelakon Memey Suhaiza yang masih lagi muda belia usianya.

Ada yang cakap mereka nak bertunang, lepas tu pula ada yang beritahu mereka tengah gaduh. Kemudian ada pulak yang cerita, mereka berdua ni sebenarnya dah kahwin dan majlis merisik dah pun dibuat selepas berlakunya kes khalwat tersebut.

Kalaulah Murai Batu ni seorang produser drama yang hebat dari Korea Selatan, sudah pasti kisah mereka berdua ini menarik perhatian untuk dilakonkan semula dalam drama. Tapi terfikir pula, adakah mereka akan melakonkan watak mereka sendiri atau pun orang lain? Kalau orang lain siapa pula yang sesuai memegang watak mereka ni..

Tak kisahlah siapa dia orangnya, yang penting, Murai Batu nak cuit sikit tentang pengakuan Norman yang dilpaorkan tidak mahu terburu-buru mahu menyunting Memey sebagai suri baru dalam hidupnya. Murai Batu difahamkan, Norman mengeluarkan kenyataan ini selepas Memey sendiri membuat pengakuan berani bahawa bekas suami kepada Abby Abadi mahu menamatkan zaman duda bersamanya pada Julai depan.

Murai Batu diberitahu, apa yang dikatakan Norman pada Memey itu kononnya hanyalah gurauan semata-mata dan dia tidaklah terlalu serius walaupun mengakui Memey adalah kekasih hatinya. Norman dalam pengakuan tersebut turut mengatakan kata-kata manis dia mahu berkahwin dengan Memey dibuat selepas dia diasak dengan pelbagai pertanyaan dari orang disekelilingnya.

Rasanya Murai Batu dan biasa sangat dengat Norman cakap dia belum bersedia dan tiada perancangan lagi. Malah, dia perlu memikirkan banyak hal sekiranya keputusan kahwin lagi ini dibuat kerana banyak pihak terlibat seperti anak, keluarga dan macam-macam lagi.

Apa kes pun, Murai Batu dapat tahu kenyataan ini terpancul dari mulut bermisai Norman sewaktu pasangan ini berlakon sebagai sepasang kekasih dalam drama Tarikh Kematian baru-baru ini. Hai.. bikin suspen saja si Memey ni. Kalau benarlah awak tu kekasih Norman takkanlah tak dapat nak bandingkan yang mana satu lamaran serius dan yang mana main-main. Janganlah terlalu teruja dik.

Namun, Murai Batu tak mahulah menyalahkan Memey sebab dia ni kan masih muda lagi. Jadi, manalah dia tahu nak bezakan lamaran gurauan dengan lamaran yang serius. Hai entahlah. Murai Batu rasda lebih baiklah Memey fokuskan saja perhatiannya dengan kerjaya seni. Lagipun, Murai Batu rasa Memey patut berlakon dengan banyak lagi sebelum orang lain sapu habis rezeki awak.

Untuk Norman pula, Murai Batu harap lepas ni lebih berhati-hatilah meluahkan kenyataan kepada sesiapa saja. Tak kisahlah orang tu sudah lama dikenali atau pun baru. Sebab, orang akan percaya saja dengan pengakuan yang awak buat tu.

Norman pun kena sedia maklum juga yang awak tu sudah dilabelkan sebagai salah satu duda terhangat di pasaran. Jadi, mestilah ramai yang nak tahu bila waktunya yang awak tu nak kembali beristeri.

(Sumber Murai.com)

0 comments:

Post a Comment