Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Tuesday

Nabil Zamanhuri Wakil Malaysia

Posted by Fixx Allen


Penantian lima tahun sebagai anak seni akhirnya berjaya menguji kredibiliti Nabil Zamanhuri apabila terpilih sebagai wakil Malaysia ke Asia New Singer Competition ke-11 sempena Shanghai Asia Music Festival. Teruja dengan peluang keemasan itu, Nabil merasakan sudah masa beliau menyumbangkan jasa kepada tanah airnya.

"Masa mula-mula diberitahu sekitar Februari lepas memang saya terkejut tapi mereka percaya dengan bakat saya. Untuk persediaan awal, saya belajar vokal dengan Syafinaz kerana kekuatan vokal jadi fokus utama dalam pertandingan ini.

"Daripada pengamatan, kebanyakan pemenang selalunya membawakan lagu
ballad dan saya telah berbincang tentang pemilihan lagu dan bersetuju membawakan lagu Dari Jauh dan A Song For You," ujarnya yang akan bertolak ke Beijing pada 28 April ini.

Mengutip pengalaman sepanjang menyertai
Worldstars Road To Hollywood 2010, Nabil mengaku agak tertekan kerana membawa maruah Malaysia ke peringkat antarabangsa, namun penyanyi yang lahir daripada program realitiMentor ini tekad memberikan saingan hebat kepada peserta lain.

Nabil bakal muncul dengan single terbaru
Halimunan di bawah label terbarunya, Alibi Music Sdn. Bhd.Mangga Online (MO) percaya lagu rancak dan segar ini mampu memikat dan menaikkan semula nama Nabil.

Warga MO ucapkan tahniah kerana terpilih mewakili Malaysia dan diharap dapat menimba pengalaman berharga di sana. Semoga kejayaan sentiasa menyebelahi Nabil.

(Sumber Majalah Mangga)

0 comments:

Post a Comment