KL, 20 APRIL 2010: Seingat Murai Batu, pada penghujung tahun lalu, adik kepada Dato Siti Nurhaliza iaitu Siti Nursaerah atau lebih glamor dengan nama Saerah pernah menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya pada Mei 2010.
Pengajuan Saerah ini menjadi lebih panas, apabila penyanyi lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain dikatakan bakal mengahwininya.Cerita ini pula timbul gara-gara Saerah dan Imran kononnya sedang intimketika itu.
Pada masa yang sama, Murai Batu ada dengar laporan media dari Singapura menyatakan keluarga Imran sendiri pun sudah merestui dan bersedia menerima Saerah sebagai menantu. Bagaimanapun, hubungan Imran dan Saerah hanya senyap begitu saja.
Namun, Murai Batu masih mahu mengetahui adakah hasrat hati Saerah untuk berumahtangga Mei terkubur begitu? Atau Saerah sengaja merahsiakan hal ini kepada orang ramai dan mahu mengumumkannya pada hari lahirnya yang juga jatuh pada bulan Mei.
Bagi mendapatkan kepastian berkenaan hal ini, Murai Batu pun cubalah menjadi James Bond untukkorek rahsia ini dengan orang ada bersangkut paut dengan Saerah. Siapakah orangnya tak payahlah Murai Batu beritahu. Tetapi hasil keputusan dari penyiasatan itu, Murai Batu difahamkan masih belum ada bayang hasrat itu takan ertunai. Senang cerita belum ada persiapan langsung.
Malah, Murai Batu turut diberitahu bahawa Saerah sendiri masih belum ada teman lelaki istimewa apatah lagi membawa pulang seorang lelaki untuk berjumpa dengan keluarga atau kaum kerabatnya.
Pun begitu, dengarnya sekarang ini, Saerah sendiri sudah ambil kata putus untuk meminta ibunya mencari calon suami untuk dirinya. Kakak dan abang Saerah pun berusaha untyuk tolong cari calon suami buatnya tetapi jenis lelaki yang disukai Saerah tidak pula diketahui mereka. Jika bukan penyanyi seperti Imran, adakah Saerah suka lelaki bergelar doktor, pensyarah, model, kontraktor atau pun wartawan?
Sekarang ni pun, hanya tinggal beberapa hari saja Mei akan menjelma. Jadi, Murai Batu harap Saerah janganlah terburu-buru kalau jodoh belum sampai. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentuka segalanya.
Murai Batu risau kerana sudahlah sekarang ni terlalu banyak kes cerai-berai yang sering melanda mereka dipanggil selebriti dan artis. Jangan kerana terdesak, kita tersilap ambil langkah.
Namun, Murai Batu merasakan tindakan Saerah meminta ibunya pilih calon suami ada baiknya. Yelah zaman sekarang ni terlalu sukar untuk mempercayai seseorang. Lebih-lebih lagi Saerah adalah artis dan menjadi adik kepada penyanyi nombor satu Malaysia.
Murai Batu sendiri merasakan ada benarnya juga cakap orang, bercinta selepas kahwin lebih baik memandangkan Murai Batu ada contoh kawan yang begitu. Murai Batu doakan yang terbaik buat Saerah.
(Sumber Murai.com)



.jpg)

0 comments:
Post a Comment