BIARPUN sebelum ini pengarah terkenal, Aziz M. Osman,48, telah tiga kali mendirikan rumah tangga yang mana ketiga-tiganya berakhir dengan perpisahan namun, ia bukanlah noktah buat dirinya untuk sekali lagi melayari kehidupan berkeluarga.
Pertemuan dengan gadis yang jarak usia 27 tahun lebih muda daripadanya iaitu Puteri Sarbainun Lokman yang juga mesra dipanggilPuteri Lily dianggap sebagai takdir Tuhan buat dirinya.
Jika tiga perkahwinannya sebelum ini gagal dipertahankan, apa yang diharapkan oleh duda beranak enam itu, kalau boleh biarlah jodohnya kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Petang Ahad lalu (18 April), Aziz dan Puteri Lily yang juga merupakan anak keempat kepada pelakon dan pengarah, Lokman Ghani mengikat tali pertunangan di kediaman Puteri Lily di Taman Lagenda Mas, Cheras.
Cincin pertunangan disarungkan oleh ibunda Aziz sendiri iaitu seniwati Afida Es bersaksikan lebih 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Kesempatan bertemu Aziz yang hadir sedondon dengan busana warna putih susu, menyerahkan sejambak mawar putih kepada Puteri Lily.
Usai mengenai perasaannya tatkala diri kini bergelar tunangan orang, sambil tersenyum manis, ujar Aziz inilah kali pertama dia menikmati debaran alam pertunangan.
Memilih untuk bertunang kali ini, selain menyempurnakan hajat pihak perempuan yang merupakan anak pertama yang bertemu jodoh, Aziz juga menuruti kehendak ibunya yang mahukan dia bertunang.
( Sumber : Utusan Malaysia )





0 comments:
Post a Comment