Vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di lebuhraya Lekas petang semalam.
Difahamkan kemalangan berlaku ketika Allahyarham dalam perjalanan pulang selepas menjayakan sebuah program hiburan di RTM bersama Siti Nurdiana. Kenderaan MPV yang dipandu Allahyarham terbabas dan melanggar papan tanda di tepi jalan sebelum terbakar.
Allahyarham tercampak keluar dari MPV dan meninggal di tempat kejadian. Rakannya yang dikenali sebagai Mohd Salihin Shah Mohd Salleh bagaimanapun terselamat dan sedang dirawat di Hospital Tunku Ja'afar.
Allahyarham berkahwin dengan Rose Zaitul pada 2005 dan dikurniakan dua cahayamata berusia 10 bulan dan tiga tahun.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampangan hari ini.
Al Fatihah untuk Achik. Semoga bertemu ketenangan di sana.

(Sumber Majalah Mangga)

.jpg)

0 comments:
Post a Comment